Friday, October 18, 2019
updated 10:23 AM UTC, Oct 18, 2019

Dua pemain ragbi kebangsaan Badrul Muktee dan Samuel Rentap terpilih menyertai pasukan ragbi profesional, Malaysia Valke dalam perlawanan pertunjukan Global Rapid Rugby 2019

  • Published in Sukan

KLIA - Dua pemain ragbi kebangsaan dari skuad 15 sebelah, Badrul Muktee dan Samuel Rentap terpilih menyertai pasukan ragbi profesional, Malaysia Valke dalam perlawanan pertunjukan Global Rapid Rugby 2019 menentang Western Force di Perth Australia, 9 Ogos ini.

Jelas Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya, Malaysia Valke akan dibarisi terdiri daripada 90 peratus pemain dari kelab South African Valke yang berpengkalan Johannesburg, South Africa.

Dengan penyertaan Badrul dan Samuel di sana, ia diharap dapat menimba ilmu berkaitan teknik dan taktikal di peringkat yang lebih tinggi untuk di bawa pulang sebagai persedia pertandingan Global Rapid Rugby 2020 yang di jadual berlangsung di Kuala Lumpur.

Antara pasukan yang sah menyertai kejohanan itu ialah Westen force yang pernah beraksi dalam Super Rugbi, South China tigers dari (Hong Kong), Asia Pacific Dragon (Singapura) termasuk dari Fiji dan Samoa.

Datuk Shahrul Zaman menyatakannya kepada media di KLIA.

Badrul Muktee dan Samuel Rentap akan turut menimba sentuhan jurulatih berpengalaman South Africa Valke dan bekas jurulatih ragbi Piala Dunia South Africa, Rudy Joubert.