Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Kejohanan Sukan Asia

  • Published in Sukan
Foto:Google

7 persatuan sukan Korea Selatan sedang mempertimbang untuk membentuk "Pasukan Perpaduan" bersama Korea Utara dalam kejohanan Sukan Asia di Jakarta dan Palembang, Indonesia yang dijadual berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September ini.

Menurut kenyataan jurucakap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Korea Selatan, antara persatuan yang berminat adalah bola keranjang, judo, kenu, gimnastik, ping pong dan tenis. Kedua-dua pihak persatuan di Seoul dan Pyongyang akan mengadakan mesyuarat peringkat kerja bagi membincangkan perkara berkenaan dalam masa terdekat.


((AFP))