Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

FAM bidas kenyataan PFAM berhubung tunggakan gaji pemain bola sepak tempatan

  • Published in Sukan

KELANA JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membidas Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) susulan kenyataan yang dikeluarkan persatuan itu berkaitan isu tunggakan gaji pemain yang membelenggu bola sepak tempatan.

Sehubungan itu, selaku badan induk bola sepak negara, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menggesa persatuan berkenaan agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan; kerana ia boleh disalah tafsir dan pada masa sama tidak membantu menyelesaikan masalah.

Tambahnya, pihak PFAM harus lebih teliti dalam membuat sesuatu kenyataan agar persatuan bola sepak negeri dan kelab tidak sewenang-sewenangnya dipersalahkan.

Beliau ditemui media selepas majlis pelancaran laman web Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) di Kelana Jaya, Selangor.

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail, mendedahkan beberapa pasukan Liga Malaysia yang masih bertanding selain sudah ditutup masih mempunyai tunggakan gaji kepada pemain keseluruhannya mencecah sebanyak RM6.4 juta.