Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Atlet Gimrama Negara, Berjaya Ke Sukan Olimpik Belia 2018

  • Published in Sukan
Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Atlet gimrama negara, Rayna Hoh Khai Ling berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik Belia 2018 yang akan berlangsung di Buenos Aires, Argentina dari 6 hingga 18 Oktober.

Berdasarkan keputusan kelayakan Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja ke-16, gimnas berusia 15-tahun itu berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 53.550 mata.

Ia sudah cukup untuk memberinya slot automatik, beraksi di Buenos Aires.

((BERNAMA))