Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Liga Perdana Inggeris - Chelsea 2 Stoke City 1 Leicester 3 West Ham 2 Dan West Brom 3 Arsenal 1

LONDON - Chelsea mengatasi Stoke City 2 - 1 dengan gol dari Willian pada minit ke-13 ekoran sepakan percuma ¨inswinging¨ dari yang dapat masuk jaring lawan.

Pada minit ke-38, Stoke City menyama kedudukan dengan gol dari sepakan penalti dari Walters.

Gary Cahill  menjaringkan gol kemenangan lewat untuk Chelsea pada minit ke-67 dan pasukan Chelsea semakin hampir merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris.

Sementara pasukan Leicester kalahkan West Ham 3 - 2, pasukan  Foxes menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit babak permainan - Riyad Mahrez mendapat gol padaminit ke-5 disusuli dengan Robert Huth yang menanduk masuk hantaran  Marc Albrighton pada minit ke-7.

Manuel Lanzini meletakkan West Ham kembali dengan gol dari sepakan percuma pada minit ke-20 tetapi penyerang utama Leicester, Jamie Vardy mengembalikan kelebihan dua gol pasukannya pada minit ke-38 sebelum rehat.

West Ham berjaya mendapat gol pada minit ke-63 dari Andre Ayew menjadi kedudukan 3 - 2.

Manakala. Arsenal kalah kepada West Bromwich Albion 1 - 3 dan ini kecewakan harapan Gunners daripada empat tempat teratas dalam Liga.

(Sumber - Afp)