Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Barcelona Menumpaskan Deportivo La Coruna, 4-2 Sekaligus Mengesahkan Mahkota La Liga Buat Kali Ke 25.

  • Published in Sukan

SEPANYOL - Di Sepanyol, 3 gol oleh Lionel Messi membantu Barcelona menumpaskan Deportivo La Coruna, 4-2 sekaligus mengesahkan mahkota La Liga buat kali ke 25.

Berbaki 4 lagi perlawanan, pasukan Catalan itu mengumpul 86 mata, 11 mata di depan Atletico Madrid yang menewaskan Alaves, 1-0.

Malang buat Deportivo apabila kekalahan berkenaan menyaksikannya tersingkir dari liga utama selepas empat tahun.
Keputusan lain, Getafe dan Girona terikat SATU SAMA manakala Valencia dan Eibar seri KOSONG-KOSONG.

((AFP))