Kedah pastikan 3 mata penuh dalam kumpulan A, selepas tumpaskan Negeri Sembilan 3-1.
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Sukan
KUALA LUMPUR - Bola Sepak Piala Malaysia.
Kedah memastikan 3 mata penuh dalam kumpulan A, selepas menumpaskan Negeri Sembilan 3-1.
Berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Lang Merah garang apabila terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-4 menerusi tandukan Fernando Rodriguez Ortega.
Bagaimanapun aksi kedua-dua pasukan sengit selepas itu apabila sering membuat percubaan-percubaan merbahaya.
Sehingga pada minit ke-72 Kedah memperolehi gol kedua ledakan pemain pertahanan Muhammad shakir Hamzah.
Negeri Sembilan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-78, menerusi jaringan Muhammad Feris Danial Mat Nasir.
Namun Kedah memastikan 3 mata penuh dengan jaringan ke-3 pada minit ke-83 apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Jonatan Jesus Bauman.
Kedah kini berkongsi 3 mata dengan Terengganu.