Monday, December 9, 2019
updated 4:54 AM UTC, Dec 9, 2019

Skuad hoki negara pamer aksi cemerlang saingan Kejohanan Jemputan Empat Negara

  • Published in Sukan

TERRASSA (SEPANYOL) - Skuad hoki negara ternyata memanfaatkan peluang beraksi dalam Siri Jelajah Eropah dengan mempamerkan prestasi cemerlang apabila memperoleh kemenangan lagi, kali ini 2-1 ke atas Ireland pada saingan Kejohanan Jemputan Empat Negara, malam tadi.

Pada aksi di Terrassa, Sepanyol itu, skuad bimbingan ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans berbalas jaringan gol dengan pasukan ke-11 dunia itu pada minit kesembilan.

Malaysia memperoleh jaringan padang melalui Mohd Fitri Saari ketika skuad negara ketinggalan 0-1 selepas Ireland mendapat gol hasil pukulan sudut penalti bintang hoki Ireland, Shane O'Donoghue.

Gol kemenangan negara pula dijaringkan oleh pemain pertahanan, Muhammad Razie Abd Rahim melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-33.

Siri Jelajah Eropah ini merupakan antara program MHC untuk persediaan menghadapi pusingan kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 Tokyo, November ini.