Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Skuad badminton negara digemparkan terlibat dengan gejala perjudian

  • Published in Sukan

 

PUTRAJAYA - Skuad badminton negara sekali lagi digemparkan apabila terdapat pendedahan pemain badminton negara yang berkemungkinan terlibat dengan gejala perjudian.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan gejala yang akan memberi imej negatif terhadap badan induk sukan negara itu harus ditangani dengan segera.

Syed Saddiq tidak mahu membuat ulasan lanjut berhubung isu berkenaan selagi tidak memperoleh maklumat lengkap daripada BAM.

Dua pemain badminton negara dikesan terbabit dalam kontroversi perjudian dengan hanya tinggal kurang daripada setahun untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Difahamkan kedua-dua pemain negara tersebut terpaksa mendapatkan pinjaman tidak berlesen mencecah sehingga ratusan ribu ringgit untuk menyelesaikan hutang akibat aktiviti pertaruhan bolas epak.

Susulan kes berkenaan, Persatuan Badminton Malaysia, BAM dilaporkan telah memanggil kedua-dua pemain berkenaan, yang tidak dinyatakan namanya, untuk memberi keterangan lanjut kepada badan induk itu

Untuk rekod dua pemain profesional, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang masing-masing dikenakan hukuman penggantungan selama 20 dan 15 tahun oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana kesalahan mengatur perlawanan.