Monday, August 26, 2019
updated 5:23 AM UTC, Aug 26, 2019

Selangor catat keputusan seri 3-3 bersama Pahang - Liga Futsal Malaysia

  • Published in Sukan

 

 

KUALA LUMPUR - Pendahulu liga, Selangor mencatat keputusan seri 3-3 ketika menerima kunjungan pasukan di tangga kedua liga, Pahang.

Manakala pasukan Melaka turut mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur.

Pahang berjaya mendahului 1-0 menerusi Firdaus Ambiah pada minit keempat permainan.

Namun, Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-11 menerusi sepakan penalti disempurnakan Syed Aizad Daniel.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Pahang sekali lagi mendahului 2-1 hasil jaringan Khairul Effendy Baharin pada minit ke-19.

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Selangor menyamakan kedudukan 2-2, juga menerusi sepakan penalti oleh Mohammad Fariq.

Memasuki babak kedua, Selangor buat kali pertama mendahului permainan 3-2 juga hasil jaringan Mohammd Farid pada minit ke-33.

Seminit selepas itu, Pahang kembali menyamakan kedudukan hasil rembatan deras Zainal Abidin.


Satu lagi perlawanan menyaksikan Melaka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Kuala Lumpur.

Melaka membuka tirai jaringan pada minit kelapan menerusi rembatan kencang Najmi Rosli.

5 minit selepas itu, Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi Mulhim Muqri Faisal.

Muhammad Nazif Azli berjaya meletakkan K-L di hadapan, dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Melaka dihadiahkan sepakan penalti dan berjaya disempurnakan Najmi Rosli.

Kedudukan kekal hingga tamat permainan