Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Golf - Spieth Rangkul Kejuaraan Pertama 2016

  • Published in Sukan

Hawaii - Pemain golf nombor satu dunia, Jordan Spieth memulakan tahun 2016 dengan langkah kanan apabila menjuarai Kejohanan Golf Juara Antara Juara di Kapalua, Hawaii. 

Spieth merangkul kejuaraan dengan kelebihan besar 8 pukulan dihadapan juara bertahan, Patrick Reed. 

Pusingan terakhir kejohanan Juara Antara Juara menjadi contoh mengapa Spieth 22 tahun bergelar pemain terbaik dunia ketika ini. 

Biarpun keadaan berangin di Kapalua Resort, Spieth menutup hari terakhir dengan catatan 67 pukulan, 6 dibawah par untuk catatan 30 dibawah par keseluruhan. 

Juara bertahan, Patrick Reed sekadar mampu melihat penguasaan Spieth untuk berpuashati selaku naib juara, ketinggalan 8 pukulan dibelakang. 

Saingan hari terakhir, Reed sekadar mencatat 69 pukulan untuk berseorangan di kedudukan kedua. 

Brandt Snedeker ditempat ketiga bersama rakan senegara, Brooks Koepka dengan 21 dibawah par.