Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Spurs Terselamat, The Blues Ke Pusingan Keempat

  • Published in Sukan

London - Dua kelab London, Tottenham Hostpur dan Chelsea mengalami nasib berbeza dalam saingan pusingan ketiga lewat malam tadi. 

Spurs terselamat daripada dimalukan di laman sendiri, apabila mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Leicester sementara The Blues mudah menundukkan Scunthorpe 2-0. 

Pada aksi di White Heart Lane, Christian Eriksen meledak gol awal pada minit kesembilan untuk meletakkan Tottenham didepan. 

Namun, The Foxes kendalian Claudio Renieri menyamakan kedudukan sepuluh minit kemudian menerusi Marcin Wasilewski. 

Tiada tambahan jaringan berakhir babak pertama. 

Tindakan Renieri memasukkan penyerang Jepun, Shinji Okazaki menggantikan Ngolo Kante pada awal separuh masa kedua mencetuskan impak positif. 

Kurang seminit selepas babak kedua bersambung, Okazaki meledak gol kedua pelawat. 

Jaringan itu memaksa Spurs membuat tiga pertukaran  termasuk membawa masuk penyerang utamanya, Harry Kane bagi menggantikan Thomas Carroll pada minit ke-68 namun jaringan penyamaan yang diharapkan Spurs hanya hadir pada penghujung babak kedua. 

Seminit sebelum masa permainan tamat, maruah Spurs diselamatkan sepakan  penalti Harry Kane selepas pertahanan Leicester, Nathan Dyer dipersalahkan pengadil Bobby Madley kerana menyentuh bola di kawasan penalti.