Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Pandelela,Cheong Raih Gangsa Kedua Kojohanan FINA

KUALA LUMPUR - Pasangan penerjun negara , Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat gangsa pada pusingan kedua kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Guangzhou, China. 

Pasangan itu mengumpul 332.46 mata selepas melakukan lima terjunan untuk menduduki tempat ketiga acara 10m platform seirama wanita pada kejohanan yang diadakan di Swimming Natatorium, Pusat Sukan Olimpik . 

Untuk rekod, Pandelela/Cheong meraih pingat perak dalam acara sama pada pusingan pertama, minggu lepas. 

 

((BERNAMA))