Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Matthysse Yakin Pertahan Gelaran Welterweight WBA

  • Published in Sukan
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR – Juara bertahan kategori Welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse dari Argentina melaungkan keyakinan dapat mempertahankan gelarannya itu apabila menentang legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao di Kuala Lumpur pada 15 Julai depan.

Matthysse, 35, yang meraih gelaran itu pada Januari lepas, berkata beliau melakukan segala persiapan sewajarnya bagi merebut kejuaraan tersebut, dan sudah tentu tidak mahu melepaskan gelaran tersebut kepada Pacquiao.

Matthysse, yang juga juga dikenali sebagai ‘The Machine’ pada sidang media di sini.

 

Sementara itu, Pacquiao, 39, yang merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen, menjangkakan pertarungan sengit menentang ‘The Machine’.

Beliau juga merupakan Senator di Filipina dan pelabur dalam ekonomi digital.

((BERNAMA))