Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 1:14 PM UTC, May 20, 2018

Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia Tampil 136 Pesaing

  • Published in Sukan
Foto Hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 136 pemain golf amatur dalam dan luar negara bakal bersaing Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia yang akan diadakan Mei depan.

Kejohanan bagi edisi ke 116 akan disertai pemain Thailand, singapura, Indonesia, India, Nepal, Brunei, Belanda, Kemboja, Filipina, Bahrain, Pakistan, Oman, Australia dan Taiwan.

Ia akan diadakan di Kelab Golf Sultan abdul Aziz Shah, shah Alam dari 10 hingga 13 mei depan.

Pemain muda dari Thailand, Sadom Kaewkanjana berusia 18 tahun yang merupakan juara tahun lalu akan mempertahankan kejuaraan.

((RTM))