Monday, December 9, 2019
updated 4:42 AM UTC, Dec 9, 2019

Permulaan positif Malaysian Tigers tewaskan Jerman 4-2

  • Published in Sukan

FOTO - RTM

KREFELD, JERMAN - Skuad hoki lelaki negara memberikan petanda positif dalam siri Jelajah Eropah apabila membenam pasukan ranking ke-7 dunia Jerman 2-4.

Berlangsung di Krefeld, Jerman, Malaysian Tigers menghuni tangga 12 dunia mempamerkan aksi bertenaga dengan meledak seawal minit ke 6 Muhammad Razie Abdul Rahim sudut penalti.

Ia diikuti penyerang berbisa Faizal Saari jaringan padang selang 4 minit kemudian.

Jerman tidak mudah menyerah kalah merapatkan kedudukan dan hasil sudut penalti Tom Grambusch minit ke 23 menerjah gawang Malaysia.

Tidak cukup sekadar itu Malaysia terus garang dengan mencipta 2 lagi gol dalam tempoh 2 minit melalui Muhammad Shahril Saabah pada minit 53 sudut penalti dan Meor Mohd Azuan Hassan minit ke 55 gol padang.

Jerman sekali lagi cuba merapatkan jurang melalui Tim Herzbruch minit ke 60 sudut penalti.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan Jerman 2 Malaysia 4.

Siri Jelajah Eropah merupakan sebahagian persiapan menjelang aksi play off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijangka Oktober depan.