Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Liga Perdana - Negeri Sembilan Seri Satu Sama Dengan UiTM FC

SHAH ALAM - Pendahulu, Negeri Sembilan sekadar seri satu sama dengan UiTM FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam.

Ini kali pertama skuad Hobin Jang Hobin gagal meraih mata penuh dalam lapan perlawanan setakat ini. 

Manakala UiTM FC melonjak ke tangga keempat, mengetepikan PDRM melalui perbezaan jaringan, sekali gus mencerahkan harapan untuk mara ke saingan Piala Malaysia. 

((RTM))