Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

13 penyokong Kedah terlibat van terbakar dapat tiket final percuma

  • Published in Sukan

PETALING JAYA - Seramai 13 penyokong Kedah yang terlibat dalam kebakaran van sewaktu dalam perjalanan menyaksikan aksi separuh akhir Shopee Piala FA 2019 tempoh hari mendapat tiket percuma daripada Malaysian Football League (MFL) sebagai tanda penghargaan atas semangat yang dipamerkan mereka sebagai penyokong sejati.

MFL memuji semangat tinggi ditunjukkan oleh penyokong-penyokong yang terlibat apabila mereka tetap meneruskan perjalanan ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi walaupun ditimpa musibah pada pertengahan jalan yang menyaksikan van dinaiki musnah terbakar sepenuhnya.

Justeru, 13 tiket aksi final antara Perak dan Kedah diberikan kepada mereka sebagai pengiktirafan terhadap semangat yang ditunjukkan selain diharap dapat memberi sedikit keceriaan kepada mereka atas dugaan yang menimpa.

Tiket diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam kepada 7 wakil penyokong yang hadir.