Monday, August 26, 2019
updated 4:56 AM UTC, Aug 26, 2019

Persiapan Perak sedikit terjejas akibat hujan lebat

  • Published in Sukan

IPOH - Persiapan pasukan Perak sedikit terjejas berikutan hujan lebat yang turun sejak dua hari lalu di Bandaraya Ipoh.

Perkara itu diakui sendiri Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic.

Bagaimanapun Mehmet tetap yakin dengan prestasi anak-anak buahnya bagi menghadapi skuad Lang Merah pada perlawanan akhir nanti.

Beberapa pemain katanya turut mengalami kecederaan antaranya Hussein El Dor dan Brendan Gan, namun dijangka pulih sebelum aksi final.

Beliau ditemui ketika sesi latihan pasukan di Stadium Perak.

Mengulas mengenai pasukan lawan, beliau mengakui Kedah antara pasukan yang hebat kerana memiliki pemain tempatan, import dan jurulatih yang baik.