Monday, August 26, 2019
updated 5:31 AM UTC, Aug 26, 2019

Juala tiket Piala Akhir FA di Stadium Darulaman merosot bukan bermakna hilang sokongan penyokong - KFA

  • Published in Sukan

ALOR SETAR - Kemerosotan jualan tiket perlawanan akhir di Stadium Darulaman, semalam bukan bermakna skuad bolasepak sepak Kedah, hilang sokongan peminat dan penyokong.

Itu ditegaskan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Anas Hafiz Mustafa.

Menurut Anas penjualan tiket adalah tersusun dan dibuka sehingga petang.

Sekaligus memberi peluang kepada penyokong agar tidak tergesa- gesa untuk membeli tiket.

Katanya sehingga 5 petang semalam, 26 ribu keping tiket, terjual.

Dan lebihan 4 ribu tiket yang berbaki dijangka habis dijual dalam tempoh terdekat.

Beliau yakin kesemua tiket yang dikhaskan kepada Kedah akan habis dijual.

KFA juga akan mengagihkan 20 ribu bendera Hijau dan Kuning kepada penyokong Lang Merah itu sebelum perlawanan akhir berlangsung.