Monday, August 26, 2019
updated 4:56 AM UTC, Aug 26, 2019

Jualan tiket final Piala FA di Stadium Darulaman, Alor Setar, berjalan lancar tanpa.

  • Published in Sukan
 
Jualan tiket final Piala FA di Stadium Darulaman, Alor Setar, pagi semalam berjalan lancar tanpa.
 
Sebaik kaunter dibuka kira-kira oukul 10.30 pagi, peminat dan penyokong mula mendapatkan tiket berharga 50 ringgit bagi dewasa dan 5 ringgit bagi kanak-kanak.
 
Sebanyak 5 kaunter tiket dibuka bagi memudahkan orang ramai mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir pertemuan Kedah dan Perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sabtu ini.
 
Walaupun ada penyokong yang sanggup menunggu sejak tengah malam, namun suasana kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya ketika Kedah melangkah ke final.
 
Keghairahan para peminat dan penyokong Lang Merah untuk mendapatkan tiket, agak hambar kali ini.
 
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Anas Hafiz Mustafa menolak persepsi berkenaan, sebaliknya percaya penyokong mempunyai alasan tersendiri untuk tidak datang membeli tiket lebih awal seperti biasa.
 
KFA menyediakan 20 ribu tiket di kaunter yang dibuka sehingga 4.30 petang dan jika masih terdapat baki tiket yang belum dijual pihaknya bercadang untuk mendapatkan kebenaran menjualnya di Stadium Shah Alam.
 
Menyentuh mengenai layangan kad merah terhadap Renan Alves ketika bertemu Felda United sehingga menyebabkan pemain import itu tidak dapat beraksi pada final Piala Fa nanti, jelas Anas hafiz, KFA akan merayu secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar Renan dapat beraksi Sabtu ini