Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

Olimpik Tokyo 2020 : Mun Yee idam jadi atlet pertama Malaysia kali kelima layak ke Olimpik

  • Published in Sukan

FOTO RTM


SEPANG - Menjelang Temasya Olimpik Tokyo 2020. Penerjun negara Leong Mun Yee idam menjadi atlet pertama Malaysia tampil layak untuk kali kelima ke Olimpik selepas 25 tahun mengabdikan diri dalam sukan tersebut.

Harapan itu disuarakan oleh atlet kelahiran Ipoh, Perak itu dan pasanganya Pandelela Rinong Pamg selepas mereka menempah tiket awal ke Tokyo tahun depan.

Jelas atlet berusia 34 tahun ini lagi cabaran getir sememangnya sudah dapat dijangka sebelum mereka berangkat Ke Korea.

Sehubungan itu, mereka akan menggandakan usaha dan latihan untuk mendapat terjunan yang sempurna bagi menempah slot yang dicari.

Mereka turut berharap tidak mengalami sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan terjunan.

Sehubungan itu kedua-dua penerjun itu akan menjadikan kejohanan Terjun Asia, FINA September ini di Kuala Lumpur sebagai medan terbaik untuk meningkatkan teknik terjunan acara 10 meter platform seirama wanita.

Mun Yee dan Pandelela memenangi pingat perak di Kejohanan Dunia FINA ke-18 acara 10 meter platform seirama wanita di Gwangju awal minggu lalu.