Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Gold Coast 2018: PM Ucap Tahniah Kepada Atlet Malaysia

  • Published in Sukan
Foto - DS Najib Razak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua atlet negara yang menyumbang pingat pada Sukan Komanwel 2018Gold coast yang menutup tirai malam tadi.

Dalam catatan twitter beliau,  Perdana Menteri menzahirkan rasa gembira, kerana Kontinjen Malaysia berjaya menamatkan saingan dengan 7 emas, sekaligus mengatasi sasaran kutipan pingat berkenaan.

Selepas menamatkan saingan 11 hari pada temasya sukan itu, kontinjen negara meraih tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa untuk menduduki tangga ke-12 keseluruhan.

Tuan rumah Australia muncul juara keseluruhan dengan mengumpul 80 pingat emas, diikuti England di tempat kedua dengan 45 emas.

Manakala India di tempat  ketiga dengan 26 emas.

((RTM / TV))