Monday, August 26, 2019
updated 3:38 AM UTC, Aug 26, 2019

Siri Jelajah Eropah : aksi konsisten skuad hoki negara

  • Published in Sukan

FOTO - RTM


SEPANG - Pengendali skuad hoki negara, Roelant Oltmans menuntut aksi konsisten anak-anak buah, sepanjang siri Jelajah Eropah nanti.

Ia penting sebagai penanda aras terbaik Malaysian Tigers dalam menghadapi pasukan-pasukan terbaik dunia dalam siri 'pemanas badan'.

Oltmans pengendali kelahiran Belanda mengakui masih banyak kelompongan terdapat pada pasukan terutama mudah hilang fokus.

Justeru bertemu pasukan-pasukan hebat seperti Jerman, Sepanyol, Belanda, England dan Belgium pastinya dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal anak-anak buahnya menjelang aksi play off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 November depan.

Manakala bagi pemain berpengalaman Mohamad Sukri Abdul Mutalib berpendapat bertemu pasukan terhebat dunia banyak perkara boleh dimanfaatkan rakan sepasukan dalam mempertingkatkan mutu permainan.

Skuad hoki negara ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor, sebelum berlepas ke Amsterdam,Belanda.