Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Terengganu Cadang Wujudkan Sekolah Sukan Di Dun Jabi

  • Published in Sukan

BESUT - Kerajaan Terengganu bercadang menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi di sini sebagai sekolah sukan, iaitu sekolah sukan pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-14.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata langkah itu selaras dengan kedudukan Kompleks Sukan Mini Jabi yang akan dibina tidak jauh dari kawasan sekolah berkenaan bermula Mei depan.

Cadangan menjadikan SK Jabi sebagai perintis sekolah sukan di DUN ini akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan," katanya selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat peringkat DUN Jabi , Besut, Terengganu.

Pada majlis sama, Ahmad Razif melakukan pecah tanah kompleks sukan mini berkenaan, yang akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 2.025 hektar.

((BERNAMA))