Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Emas Terindah Datuk Chong Wei Di Sukan Komanwel

  • Published in Sukan
Foto - Bernama

GOLD COAST -- Memenangi pingat emas pada final acara perseorangan lelaki di Sukan Komanwel 2018 di sini merupakan satu kemenangan terindah bagi jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei memandangkan temasya kali ini adalah penampilan terakhir beliau.

Bukan itu sahaja, beliau juga muncul antara atlet terbaik Malaysia pada temasya empat tahun sekali itu dengan lima pingat emas, menyamai rekod pemain beregu lelaki negara Koo Kien Keat.

“Ini satu kemenangan dan kenangan terindah buat saya, menang pingat emas di Sukan Komanwel terakhir saya. Memang saya tidak sangka dapat kemenangan hari ini kerana dalam perlawanan pertama saya sudah kalah. Tapi saya kata pada diri untuk terus buat ‘come back’ pada perlawanan kedua.

“Saya masuk gelanggang tidak fikir banyak... ini Komanwel terakhir saya dan saya cuma hendak buat yang terbaik,” katanya.

Dalam pertembungan final perseorangan lelaki hari ini, Carrara Sports and Leisure Centre bergema dengan sorakan penyokong India dan Malaysia.

Pertemuan yang boleh dianggap epik itu menyaksikan Datuk Chong Wei yang berada di ranking ketujuh dunia berjaya menjinakkan K. Srikanth dari India yang baru melangkah ke ranking teratas.

Srikanth menguasai set pertama 21-19 sebelum Chong Wei bangkit di set kedua 21-14 untuk mengheret ke set penentuan.

 

((BERNAMA))​​​​​​​