Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Mei Kuan-Vivian Menang Emas Beregu Wanita

  • Published in Sukan
Foto - Bernama

GOLD COAST — Pasangan beregu wanita Malaysia Chow Mei Kuan-Vivian Hoo menang pingat emas acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel 2018 hari ini.

Pada perlawanan akhir di Carrara Sports and Leisure Centre, di sini, Mei Kuan-Vivian mengalahkan pasangan England Lauren Smith-Sarah Walker dengan keputusan 21-12, 21-12.

Kemenangan Mei Kuan-Vivian itu menyumbang pingat emas ketujuh kepada kontinjen Malaysia.

Pingat emas ketujuh itu memenuhi sasaran yang ditetapkan Malaysia dan mengatasi pencapaian negara pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

((BERNAMA))