Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Datuk Lee Chong Wei Menempah Tiket Ke Perlawanan Akhir Acara Badminton Perseorangan Lelaki

  • Published in Sukan
Foto: Datuk Lee Chong Wei

GOLD COAST - Sukan Komanwel 2018.

Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki, yang akan berlangsung esok. Chong Wei mengambil masa 58 minit untuk mengalahkan pemain India H.S. Prannoy 21-16, 9-21, 21-14 pada perlawanan separuh akhir.

Chong Wei, yang kini menduduki ranking ketujuh Persekutuan Badminton Dunia, akan bertemu pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Srikanth hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan pemain England Rajiv Ouseph dengan 21-10, 21-17.

Sementara itu, harapan untuk menambah koleksi emas acara badminton lebur apabila gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas pada separuh akhir.

Pasangan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu tewas kepada beregu England Marcus Ellis dan Chris Langridge 21-15, 16-21, 15-21.

((BERNAMA))