Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Datuk Chong Wei Bertemu Srikanth Pada Perlawanan Akhir

  • Published in Sukan
Foto - Bernama

GOLD COAST – Datuk Lee Chong Wei hari ini menempah  tiket ke perlawanan  akhir acara badminton perseorangan  lelaki Sukan Komanwel 2018, yang akan berlangsung esok.

Beliau  mengambil masa 58 minit untuk mengalahkan pemain India H.S. Prannoy 21-16, 9-21, 21-14 pada perlawanan separuh akhir di Carrara Sports and Leisure Centre di sini.

Chong Wei, yang kini menduduki ranking ketujuh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan bertemu pemain nombor  satu dunia, K. Srikanth dari India.

Dalam  satu lagi  perlawanan separuh akhir, Srikanth hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan pemain England Rajiv Ouseph dengan 21-10, 21-17.

((BERNAMA))