Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Sukan Komanwel 2018.

  • Published in Sukan

GOLD COAST. Sukan Komanwel 2018.

Skuad badminton negara dijadual bertemu naib juara Kumpulan A, Scotland di suku akhir HARI INI selepas menduduki tempat teratas Kumpulan D acara berpasukan campuran.

Pasukan negara yang diketuai jaguh dunia, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tiket ke suku akhir selepas menang 4-1 terhadap Kanada.

Sementara itu, pemain skuasy negara, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan akan bertemu pemain di ranking ke-12 dunia - Nick Matthew dalam saingan suku akhir perseorangan lelaki. Perlawanan dijadual berlangsung pada 1.15-tengah hari waktu Malaysia.

Selain acara badminton dan skuasy, kontinjen negara meneruskan perjuangan pada hari ketiga bagi memburu pingat dalam acara angkat berat, berbasikal trek serta gimnastik artistik lelaki dan wanita.

((BERNAMA))