Monday, August 26, 2019
updated 3:00 AM UTC, Aug 26, 2019

Skuad Bolasepak Wanita Melaka bakal terima insentif - Adly Zahari

  • Published in Sukan

 

 

MELAKA - Skuad Bolasepak Wanita Melaka yang merangkul buat kali pertama Piala Tun Sharifah Rodziah bakal menerima insentif dari Persatuan Bola Sepak Melaka M.U.S.A dalam masa terdekat.

Namum M.U.S.A belum mendedahkan bentuk insentif tersebut

Presidennya,Adly Zahari berkata,ia masih di peringkat perancangan.

Namun, melihat kepada kejayaan skuad itu, ia meyakinkan lagi persatuan untuk mengeluarkan insentif khas kepada skuad berkenaan.

Beliau yakin, melalui pemberian insentif itu, skuad wanita akan dapat bersaing dengan lebih mantap sekaligus membawa nama Melaka bagi sukan yang jarang dimonopoli wanita.