Monday, August 26, 2019
updated 3:36 AM UTC, Aug 26, 2019

Kejayaan Pandelela-Mun Yee jadi inspirasi atlet negara

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Kejayaan cemerlang pasangan terjun negara, Pandelela Rinong-Leong Mun Yee yang meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan disifatkan amat membanggakan negara.

Jelas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kejayaan cemerlang tersebut sekaligus berjaya meraih tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Syed Saddiq berkata prestasi cemerlang yang dilakar DUO ini diharap terus bertambah baik menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kejayaan ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada atlet lain yang masih bertarung untuk 
melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Ahad lalu, Pandelela-Mun Yee mengumpul 312.72 mata untuk menamatkan saingan di tempat kedua di belakang gandingan China, Lu Wei-Zhang Jiaqi 
yang meraih emas.

Pingat gangsa diraih pasangan Amerika Syarikat, Samantha Bromberg-Katrina Young.

Ia merupakan kali ketiga gandingan Pendelela-Mun Yee berjaya menjelmakan kilauan pingat buat skuad terjun negara pada kejohanan dunia selepas meraih gangsa pada edisi 2009 di Rom dan 2013 di Barcelona.

Syed Saddiq ditemui media selepas merasmikan Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).