Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

MBOR Iktiraf Kejohanan Dam Aji Antarabangsa 2018

  • Published in Sukan
Foto - Bernama

KOTA BHARU - Malaysia Book of Records (MBOR) mengiktiraf Kejohanan Dam Aji Antarabangsa 2018 yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu hari ini sebagai penyertaan teramai membabitkan peserta dari dalam dan luar negara.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr Zaliman Sauli berkata seramai 2,626 peserta terdiri daripada pelajar dan orang awam dari Jepun, United Kingdom, Australia, Thailand, Singapura dan Indonesia menyertai kejohanan selama sehari itu.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita pada kejohanan itu di sini.

 

Juara kejohanan bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil penyertaan.

((BERNAMA))