Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

Welson Mara Ke Final 400m Gaya Bebas Lelaki

  • Published in Sukan
Foto - FB Welson Sim

GOLD COAST - Dalam acara renang 400 meter gaya bebas lelaki pula, atlet negara, Welson Sim melayakkan diri ke final yang akan berlangsung malam ini di Optus Aquatic Centre.
  
Perenang negara itu mara selepas menamatkan saringan di tempat keempat dengan catatan masa 3 minit 51.78 saat.

Di pentas final nanti, Sim bakal berdepan cabaran daripada dua atlet tuan rumah, Mack Horton yang merupakan pemenang pingat emas Olimpik Rio dan  David McKeon pemenang pingat perak Sukan Komanwel Glasgow.

((RTM / TV))