Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Azroy Hazal Wafie Memenangi Pingat Emas Pertama Negara

  • Published in Sukan
Foto - Team Malaysia

GOLD COAST - Malaysia meraih pingat emas pertama di Temasya Sukan Komanwel menerusi atlet angkat berat, Muhammad Azroy Hazalwa Izhar Ahmad dengan angkatan keseluruhan 261 kilogram. 

Dan lebih membanggakan, ia juga merupakan rekod baharu kejohanan.

Azroy memulakan aksi dengan mudah mengangkat bebanan 114 kilogram dalam disiplin SNATCH.
  
Dia kemudian berjaya melakukan angkatan kedua 117 kilogram sekaligus memecahkan rekod kejohanan 116 kilogram yang juga milik atlet negara, Amirul Hamizan Ibrahim yang dilakukan di New Delhi pada 2010.  

((RTM / TV))