Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Senegal Benam Tunisia Untuk Ke Pentas Final Africa Cup of Nations 2019

  • Published in Sukan

KAHERAH - Lions of Teranga, Senegal bakal berentap dengan pasukan pilihan juara, Algeria di perlawanan akhir Africa Cup of Nations 2019 yang akan berlangsung pada 18 Julai nanti di Al Salam Stadium, Kaherah Mesir. 

Pada perlawanan separuh akhir Senegal berjaya menewaskan Tunisia selepas mendapatkan gol pada masa tambahan pada minit 101'. Kedua-dua pasukan telah dianugerahkan sepakan penalti pada masa sebenar perlawanan.Namun anugerah tersebut masih gagal disempurnakan.

Tunisia terlebih dahulu sepatutnya berjaya memimpin perlawanan namun sepakan penalti yang diperolehi gagal disempurnakan oleh Ferjani Sassi selepas penjaga gol Senegal Alfred Gomis berjaya menangkap kemas sepakan penalti pada minit 75'.

Selepas itu pada minit ke 81' perlawanan, Senegal pula juga telah dianugerahkan sepakan penalti akibat daripada kekasaran Bronn keatas Ismaila Sarr, tetapi sepakan penalti yang diambil oleh Henri Saivet telah ditepis keluar oleh penjaga gol Tunisia, Mouez Hassen.

Malang menimpa pasukan Tunisia di masa tambahan minit 101' apabila bola hasil sepakan percuma Senegal ditepis keluar oleh Mouez Hassen namun terkena badan pertahanan mereka sendiri Dylan Bronn dan masuk ke gawang gol. Senegal menang 1-0 dan layak ke perlawanan akhir.