Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Djokovic Menewaskan Federer di Akhir Wimbledon 2019

  • Published in Sukan

LONDON - Pemain tenis No. 1 dunia, Novak Djokovic merangkul kejuaraan kelima di Kejohanan Wimbledon pada hari Ahad dengan kemenangan 7-6 (5), 1-6, 7-6 (4), 4-6, 13-12 (3) keatas Roger Federer, 
lawan dari Switzerland yang pernah memengangi kejuaran itu sebanyak lapan kali, dalam masa empat jam dan 55 minit di Centre Court.

Federer mempunyai dua mata kejuaraan pada 8-7, 40/15 pada servis, dalam set kelima yang berlangsung dua jam dan dua minit. Ia adalah perlawanan kejuaraan ketiga yang membolehkan Djokovic menyelamatkan dua mata penamat untuk mengalahkan Federer (juga berlaku di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat 2010
dan separuh akhir Terbuka AS 2011).

Ini adalah kali pertama sejak final Wimbledon 1948 - Amerika Robert Falkenburg menewaskan John Bromwich dari Australia 7-5, 0-6, 6-2, 3-6, 7-5,
selepas ketinggalan tiga mata pada perlawanan penamat kejuaraan dan menjadi juara.