Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Mareczko Memang Peringkat Ketujuh LTdL 2017

REMBAU - Pelumba Itali, Jakub Mareczko memenangi peringkat ketujuh perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 sejauh 148.1km dari Melaka ke Dataran Rembau di sini hari ini.

Kejayaan pelumba pasukan Wilier Triestina itu adalah kedua selepas menjuarai peringkat ketiga dan peringkat paling singkat melibatkan jarak 118km dari Serdang, Kedah ke Pantai Remis, Perak, Jumaat lepas.

Pelumba Amerika Syarikat, Travis McCabe daripada pasukan United Healthcare Pro Cycling dan pelumba Itali, Andrea Palini (Androni Giocattoli), masing-masing di tempat kedua dan ketiga.