Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 9:25 AM UTC, Jun 24, 2018

Sukan Komanwel Gold Coast 2018 – Tuan Rumah Bersedia Terima 6,000 Atlet

  • Published in Sukan

AUSTRALIA - Temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018 kini bersedia untuk menerima kedatangan lebih 6 ribu atlet dan pegawai serta penyokong dengan 17 venue pertandingan bersedia sepenuhnya untuk menjadikan temasya 2018 yang terbaik dalam sejarah.
  
Melibatkan 4 bandar, Gold Coast, Brisbane, Townsville dan Cairns, kesemua 17 venue terlibat dijangka menerima kedatangan ramai peminat dan penyokong untuk sama sama memeriahkan temasya besar ini.

Tidak sekadar itu, factor keselamatan, kelancaran trafik dan pengangkutan turut diambil kira supaya semua yang terlibat dapat menikmati kemeriahan di Gold Coast tanpa sebarang gangguan.

Sentuhan terakhir sibuk dilakukan bagi memastikan perasmian berjalan lancar menandakan bermulanya cabaran bagi edisi ke 21 ini.

Pastinya upacara perbarisan adalah yang ditunggu tunggu setiap tetamu dan penonton, dengan Komanwel menampilkan keunikan tersendiri apabila dari sebesar-besar Negara sehingga sekecil-kecil Negara pulau dibawah jajahan Britain dahulu akan turut serta.

Dan seperti tradisinya, pada kali ini Putera Britain, Putera Charles akan hadir untuk merasmikannya.

Untuk tempoh dari hari ini sehingga 15 April, Gold Coast pastinya sibuk untuk meraikan atlet , pegawai serta pnyokong dari 71 buah Negara, dengan harapan ianya menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan setiap tetamu yang menghadirinya.

((RTM / TV / FAISAL JAMAL))