Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Lagenda Bola Sepak Everton Meninggal Dunia

EDINBURGH - Legenda bola sepak Everton, Alex Young meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Bekas penyerang antarabangsa Scotland itu menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya di sebuah hospital berdekatan Edinburgh.

Menurut anaknya, Alex Junior, bapanya jatuh sakit beberapa minggu lepas.

Young yang digelar 'The Golden Vision' merupakan antara tonggok penting yang membantu Everton menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada tahun 1963, serta Piala FA Inggeris pada tahun 1996. 

((AFP))