Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Tiada Halangan Terhadap Cadangan Jadikan e-sukan

  • Published in Sukan
Foto: Gambar hiasan -Google

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan tiada halangan terhadap cadangan menjadikan e-sukan sebagai 1 sukatan pelajaran atau kokurikulum di sekolah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri M. Saravanan berkata, ini memandangkan bidang berkenaan sedang meningkat naik dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Majlis Olimpik Asia menyenaraikan sukan itu di temasya Sukan Asia Hangzhou, China pada 2022.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tertakluk kepada Kementerian Pendidikan kerana ia melibatkan sukatan pelajaran sekolah.

((BERNAMA))