Friday, December 13, 2019
updated 1:38 PM UTC, Dec 13, 2019

Separuh Akhir Wimbledon 2019 : Pertembungan Federer, Nadal malam ini

  • Published in Sukan

 

 



LONDON
: Roger Federer dan Rafael Nadal bakal berentap sekali lagi di separuh akhir Wimbledon esok selepas kali terakhir bertembung pada 2008 yang dianggap perlawanan epik Grand Slam yang pernah berlangsung.

Juara lapan kali, Federer turut muncul pemain tertua beraksi di separuh akhir menyamai pencapaian Jimmy Connors di Terbuka Amerika Syarikat pada 1991. Federer merakam kemenangan ke-100 di Wimbledon dan mara ke separuh akhir kali ke-13 selepas menewaskan pemain Jepun, Kei Nishikori 4-6, 6-1, 6-4, 6-4. Pemain berusia 37 tahun itu juga menempah perlawanan akhir kali ke-45 dalam kejohanan major sepanjang karier. Nadal pula, selaku juara dua kali Wimbledon, mara ke separuh akhir buat kali ketujuh dan ke-32 Grand Slam selepas menewaskan Sam Querrey 7-5, 6-2, 6-2. Pertembungan esok menyaksikan mereka berentap kali ke-40 dan kali ketiga di Wimbledon selepas Federer menang pada final 2006 dan 2007 sebelum Nadal merampas gelaran pada 2008. 

Manakala satu lagi perlawanan separuh akhir mempertemukan juara empat kali kejohanan yang juga pilihan pertama, Novak Djokovic dari Serbia yang bakal mencabar pemain Sepanyol, Roberto Baustista Agut, pemain ranking ke 22 dunia yang julung kali mara ke separuh akhir.