Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Sukan Komanwel 2018: 17 Pengurus Bersedia Beri Perkhidmatan Terbaik Buat Atlet

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Menjelang upacara perasmian temasya Sukan Komanwel 2018.

Satu mesyuarat pengurus pasukan diadakan bersama Chef De Mission, Hwang Ying How dalam mencari penyelarasan terbaik buat atlet yang mengambil bahagian bagi setiap 21 acara yang melibatkan atlet negara .

Bagi, Chef De Mission, Hwang Ying How yang baru tiba di Gold Coast , menyifatkan ini merupakan tugasan pertama yang penting buatnya untuk memastikan setiap 17 orang pengurus pasukan memahami tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Tugasan seorang pengurus tidak boleh dilakukan sambil lewa kerana kegagalan dalam memastikan urusan atlet di bawah seliaannya berjalan lancar boleh memberi kesan negatif kepada persembahan dan prestasi atlet.



Amanat dan peringatan diberikan pada satu majlis perjumpaan bersama pengurus pasukan yang turut dihadiri timbalan Chef De Mission,  Jefri Ngadirin.

102 atlet lelaki dan 76 atlet wanita akan membawa cabaran negara di temasya edisi ke-21 ini.

Pada sebelah petang waktu tempatan dijadualkan akan berlangsungnya majlis menaikkan bendera kontijen negara di perkampungan sukan di Southport.

Pada edisi empat tahun lalu di Glasgow,  Scotland kontijen negara berjaya membawa pulang enam pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa.

((RTM / TV))