Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Algeria membenam Ivory Coast untuk melangkah ke separuh akhir Africa Cup of Nations 2019.

  • Published in Sukan

Calon juara Africa Cup of Nations, Algeria mengalahkan Ivory Coast 4-3 melalui penetuan penalti di Suez pada hari Khamis untuk melegakan Baghdad Bounedjah yang gagal menyempuranakan sepakan penalti pada minit ke-43’  separuh masa pertama dan melangkah ke separuh akhir untuk menentang satu lagi pasukan gergasi Afrika Nigeria.

Pertandingan suku akhir ini berakhir 1-1 selepas masa tambahan dengan Sofiane Feghouli memberikan Algeria memimpin perlawanan  ke-20 minit yang kemudiannya disamakan oleh Jonathan Kodjia pada 62 minit.

Pada penentuan sepakan penalti Algeria menang apabila sepakan terakhir dari pemain  Ivory Coast, Geoffroy Serey Die gagal menerjah jaring apabila tendangannya terkena tiang sebelah kanan penjaga gol Algeria, Rais M'Bolhi.

Satu lagi separuh akhir akan menemukan antara Senegal dan Tunisia dimana kedua-dua perlawanan seperuh akhir akan berlangsung pada 15 Julai ini.

Sumber : Agence France-Presse