Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Sultan Johor Taja JDT RM50 Juta

  • Published in Sukan

Johor Bahru - Juara liga super 2015, Johor Darul Takzim, JDT, atau Harimau Selatan bakal menerima tajaan bernilai 50 juta riggit malaysia.   

Lebih manis, penajaan ini datangnya daripada ayahanda pemilik JDT,  Tunku Mahkota Johor iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. 

Pengumuman rasmi penajaan dilakukan melalui laman sesawang rasmi Facebook Johor Southern Tigers. 

Kesudian Sultan Ibrahim adalah berdasarkan rasa bangganya terhadap pencapaian skuad Harimau selatan di persada dunia yang secara tidak langsungnya berjaya menyatu padukan rakyat Johor melalui sukan terutamanya bolasepak. 

Tunku Ismail melalui facebook Johor Southern Tigers turut menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ayahandanya dengan kurniaan yang diterima. 

Tunku Ismail memberi jaminan tajaan yang diterima akan digunakan secara berhemah dan berjimat cermat bagi pembangunan bolasepak Johor termasuk,  pemain muda dan infrastruktur. 

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut mengumumkan perbincangan bersama Frenz United bagi rundingan pemilikan kelab tersebut sebanyak 50 peratus pegangan.