Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

PKNS Muncul Johan Sukan Gemaputera

  • Published in Sukan
Foto: Web

ARAU -  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dinobatkan johan keseluruhan temasya sukan Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan-Perusahaan Awam (GEMAPUTERA) ke-15 yang berakhir malam tadi.

Johor Corporation (JCORP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPrk) masing-masing di tempat kedua dan ketiga temasya dwitahunan itu, yang berlangsung selama 4 hari bermula 28 Mac lepas.

Lebih 1,200 peserta dan pegawai mewakili 14 pasukan Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan sebuah agensi, UDA Holdings Sendirian Berhad (UDA) menyertai temasya itu.

Sebanyak 9 acara dipertandingkan antaranya futsal terbuka, futsal veteran, boling, karom, golf, dart, bola jaring, badminton dan ping pong.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menutup temasya itu di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) malam tadi dan menyerahkan bendera kejohanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof yang mana Selangor dipilih sebagai tuan rumah edisi ke-16 pada tahun 2020.

((BERNAMA))