Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Final Copa America 2019 : Brazil juara selepas 12 tahun tewaskan Peru, 3-1

  • Published in Sukan

FOTO - FB COPA AMERICA 2019


RIO DE JANEIRO, BRAZIL - Brazil berjaya menewaskan Peru, 3-1 pada perlawanan mendebarkan pagi tadi, sekaligus menjadikan ia pemegang gelaran juara buat kali kesembilan Copa America.

Ini merupakan kemenangan pertama Brazil setelah lebih 12 tahun gagal berbuat demikian sejak 2007.

Brazil memulakan pesta gol "samba" pada minit ke-15 menerusi Everton Soares, sebelum jaringan kedua disempurnakan Gabriel Jesus pada minit ke-45.

Sebelum berakhir babak masa pertama, Paolo Guerrero berjaya meledak gol tunggal Peru melalui sepakan penalti minit ke-44.

Bersambung di babak kedua, tuan rumah terpaksa bermain dengan hanya sepuluh pemain selepas Gabriel Jesus dibuang padang pada minit ke-70, namun perkara itu tidak mematahkan semangat Brazil apabila berjaya menamatkan permainan dengan sepakan penalti Richarlison pada minit-minit akhir.

Ini juga merupakan kemenangan pertama buat Ketua Jurulatih Brazil, Adenor Leonardo Bacchi yang juga dikenali dengan panggilan "Tite" selepas tiga tahun mengendali skuad tersebut.