Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Skuad hoki Terengganu bakal menerima sentuhan kejurulatihan dari bekas pemain negara yang pernah beraksi di pentas Olimpik, Chairil Anwar Abdul Aziz

  • Published in Sukan

TERENGGANU - Skuad hoki negeri Terengganu bakal menerima sentuhan kejurulatihan dari bekas pemain negara yang pernah beraksi di pentas Olimpik, Chairil Anwar Abdul Aziz dalam membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia, SUKMA di Johor, tahun hadapan.

Walaupun kehangatan temasya SUKMA 2020 belum dirasai namun Majlis Sukan Negeri Terengganu tidak membuang masa untuk mempersiapkan pasukan skuad SUKMA kali ini.

Terkini skuad bimbingan Chairil, membawa cabaran ke pentas Divisyen 1, Liga Hoki Remaja Malaysia 2019.

Keseluruhan pemain adalah bakat-bakat muda selepas sebahagian besar pemain telah beraksi dalam peringkat yang lebih tinggi, yang juga pentas terbaik menguji kekuatan pasukan.Chairil Anwar yang merupakan anak jati Terengganu, pernah beraksi di pentas Olimpik Atlanta 1996 dan Olimpik Sydney 2000.