Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Salah Dijual Murah Kepada Liverpool - Monchi

  • Published in Sukan

Foto - AFP

ROM - Pengarah sukan As Roma, Monchi mendedahkan penyerang Mesir, Mohamed Salah telah dijual oleh kelab Itali itu pada harga murah kepada Liverpool.

Ia berlaku sejurus sebelum impak Neymar yang telah mengubah penilaian pasaran perpindahan pemain sehingga mencetuskan gelombang harga.

Salah yang telah menjaringkan 36 gol dalam semua pertandingan untuk The Reds dibeli dengan harga 40 juta Euro.

Ia berbanding beberapa perpindahan selepas itu yang memakan jutaan euro dengan Neymar dari Barcelona ke Paris Saint Germain (PSG) bernilai 222 juta Euro, Kylian Mbappe dari Monaco ke PSG (180 juta Euro), Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund ke Barcelona (145 juta Euro) serta Philippe Coutinho dari Liverpool ke Barcelona dengan 160 juta Euro.


((AFP))