Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

PAFA adakan mesyuarat khas berkaitan penjualan tiket elak peminat berhadapan dengan masalah

  • Published in Sukan

FOTO - RTM


PERAK - Menjelang perlawanan akhir Piala FA. Persatuan Bola Sepak Perak, PAFA akan mengadakan satu mesyuarat khas berkaitan penjualan tiket dalam masa terdekat bagi memastikan peminat tidak berdepan sebarang masalah.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pembahagian jualan tiket ke peringkat daerah akan dilakukan sendiri oleh PAFA bagi mengelak ketirisan.

Menurut beliau pihaknya berkemungkinan akan menggunakan kaedah sama seperti penjualan tiket separuh akhir kedua Piala FA baru-baru ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di Ipoh.

Ditanya mengenai bonus RM150 ribu yang diumumkan kerajaan negeri kepada pasukan bola sepak Perak selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2019, beliau berkata ia akan diberikan sebelum final.